Infaq Pembinaan Rumah Anak Yatim & Asnaf Darul Aitam
Bayangkan… Ramadan Tanpa Rumah Buat Anak Yatim
Ramadan ini, anda boleh nyalakan harapan mereka untuk mempuyai rumah untuk berteduh
***
“Mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim. Katakanlah: memperbaiki keadaan mereka adalah baik.”
Surah Al-Baqarah (2:220)

Kita Perlu Selamatkan Masa Depan Mereka
Mereka bukan minta mewah…Mereka cuma perlukan rumah untuk terus hidup bersama.
Bayangkan…Anak-anak yatim yang sepatutnya dilindungi, kini terpaksa bersiap untuk keluar dari rumah yang menjadi tempat terakhir mereka berlindung. Bukan kerana mereka mahu. Tetapi kerana keadaan memaksa.

Apa yang sedang berlaku kepada Rumah Anak Yatim Darul Aitam?
Rumah ini suatu ketika dahulu menempatkan lebih 20 orang anak yatim dan asnaf.
Mereka tinggal bersama. Belajar bersama. Makan bersama.
Bersandar harapan pada satu bumbung yang sama.
Namun hari ini…
Isu perundangan memaksa mereka berpindah segera
Rumah lama tidak lagi boleh didiami
Pembinaan rumah baharu masih terbengkalai
Dana tidak mencukupi
Masa semakin suntuk
Mereka perlu RUMAH BARU menjelang Ramadan

Tetapi mereka?
Mereka sudah kehilangan ibu dan ayah. Jangan biarkan mereka kehilangan rumah juga.
Kenapa bantuan anda sangat diperlukan SEKARANG?
Kerana jika pembinaan rumah ini tidak disiapkan:
Anak-anak ini tiada tempat berteduh
Pengurusan tiada pilihan selain menghentikan operasi
Masa depan mereka menjadi semakin tidak pasti
Dan yang paling menyedihkan…
Hari Raya bakal tiba, tetapi mereka mungkin menyambutnya tanpa rumah, tanpa kepastian.

Derma tidak mengurangkan rezeki.
Derma MENJEMPUT rezeki.
Bila anda menderma:
✔ Rezeki anda bertambah, bukan berkurang
✔ Dosa-dosa dihapuskan
✔ Pahala terus mengalir, selagi rumah itu digunakan
✔ Hati menjadi lebih tenang
✔ Urusan hidup dipermudahkan
✔ Hajat dan doa lebih dekat untuk dimakbulkan
Mungkin selama ini kita mencari jalan keluar. Sedangkan jalan keluar itu adalah memberi.
Ramadan Bulan Lipat Gandakan Amal, Jadi Dermawan Seperti Rasulullah
**
Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Ayuh sama-sama kita realisasikan usaha murni ini. Mudah-mudahan berkat usaha ini
dapat menjadi bekalan saham kita di akhirat kelak.. Amin ya Rabb
