PUSAT JAGAAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN AMAL RUMAH TEDUH

Pengurus : Puan Harisun

Bilangan Penghuni : 45 orang

Julat Umur : 5-17 tahun

Address : 45, Jalan Sekolah Derma, Pusat Bandar Kangar, 01000 Kangar, Perlis

Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis ditubuhkan untuk sama-sama turut serta menunaikan tanggungjawab bersama demi membantu kepada yang memerlukan, malahan menunaikan tuntutan masyarakat untuk mencari jalan demi menyelesaikan gejala yang membimbangkan. Usaha ini disokong oleh Pihak Ihsanku dengan memberi Tajaan Makanan secara bulanan.

Pihak Ihsanku juga sedang melaksanakan projek Penternakan Ayam Penelur untuk memberi ilmu penternakan kepada anak-anak disamping dapat membantu kewangan rumah. Rumah ini mempunyai sebanyak 30 orang anak-anak yatim asnaf dan asnaf sahaja.