Bayangkan Setiap Suapan Berbuka Mereka… Mengalir Untuk Anda.
“Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka, maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa sedikit pun.”
(Riwayat Tirmizi, no. 807)
Ramadan ini, satu hidangan yang anda taja boleh menjadi sebab seorang anak yatim & asnaf berbuka dengan senyuman, tidak lagi menahan lapar.

Ini yang seringkali terjadi..
Berbuka Puasa Hanya Dengan Seteguk Air Kosong
Tidak semua orang menyambut Ramadan dengan meja yang sedia terhidang juadah berbuka. Di Pattani, Selatan Thailand ada anak yatim pernah berbuka puasa hanya dengan air kosong selama beberapa hari kerana ketiadaan makanan di rumah.
Realiti ini turut berlaku dalam kalangan anak yatim dan asnaf di Malaysia, Indonesia, Gaza dan beberapa lagi negara lain. M ereka berpuasa dalam kekurangan, tanpa kepastian apa yang akan dimakan saat masuknya Maghrib.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Insan ayat 8:
“Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang tawanan.”
Memberi makan antara amalan yang dekat di sisi Allah, lebih-lebih lagi untuk mereka yang berpuasa.
Ramadan Ini, Giliran Kita Untuk Bantu Mereka
Kebarangkalian untuk kesihatan anak-anak yatim dan asnaf terjejas dek kerana hanya berbuka puasa dengan makanan yang ada tetapi tidak mencukupi serta tiada tenaga untuk beribadah akan berulang.
Ramadan disambut dalam keadaan serba kekurangan dan hari-hari berlalu tanpa perubahan pada rutin berbuka mereka. Realiti ini mungkin akan terus berlaku jika kita tidak mengambil peluang untuk membantu sekadar yang termampu.

Sempena Ramadan tak lama lagi, Pertubuhan Ihsanku Malaysia dengan kerjasama Rakan NGO Rumah Wakaf (Indonesia) dan Civil Society Assembly for Peace (CAP) Thailand, ingin mengajak tuan puan yang pemurah untuk sama-sama kita bantu dan berkongsi rezeki saudara-saudara kita yang memerlukan di luar sana melalui program Ihsan Ramadan; Taja Iftar Anak Yatim dan Asnaf Nusantara.
Satu tajaan iftar bukan hanya mengenyangkan mereka, tetapi membuka peluang ganjaran puasa yang berpanjangan untuk anda.
” kalau boleh sepanjang tahun Ramadan pon takpa, sebab masa ni lah kami cukup makanan dan dapat nak merasa makan yang sedap-seda p ” – Ust Rosli
Bantu Ringankan Beban Mereka
“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut.” (HR At-Tirmidzi)

Melalui Kempen Tajaan Iftar Anak Yatim & Asnaf , kami menyalurkan j uadah berbuka yang berkhasiat, pek makanan iftar dan a gihan terus kepada anak yatim & asnaf di Malaysia, Selatan Thailand, Indonesia, Gaza, Kemboja dan Filipina sepanjang bulan Ramadan.
Program Iftar 1,000 Anak Yatim Nusantara bersama Gaza Diperlukan

Sumbangan tajaan iftar ini akan disalurkan untuk Program Iftar 1,000 Anak Yatim Nusantara bersama Gaza yang bakal berlangsung pada 10 Ramadan 1447H nanti.

Ramadan Bulan Lipat Gandakan Amal, Jadi Dermawan Seperti Rasulullah
**
Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Ayuh sama-sama kita realisasikan usaha murni ini. Mudah-mudahan berkat usaha ini
dapat menjadi bekalan saham kita di akhirat kelak.. Amin ya Rabb
